Saturday 30 June 2012

BELUM TIBA MASANYA LAGI

MATAHARI TIGA ROMAN

Assalamualaikum



Diri ini berdiri di lorong
Dongak aku lohong
Tunduk aku kosong


Belum masanya lagi,

Beberapa purnama bulan terus menyinar terang
Beberapa purnama nyanyian merdu terus berkumandang
Beberapa purnama cincin ini terus ku pasang
Beberapa purnama hanya cerita semalam, sayang

Bulan tidak lagi menyinar
Nyanyian merdu tidak lagi kudengar
Cincin ini mengarat ku biar
Hanya semalam mimpi yang benar


Belum masanya lagi,
Jika benar semua bukan dusta
Maka tamatlah semua dengki dunia kala
Maka runtuhlah semua yang di bina
Maka putuslah semua tali percaya kita
Maka tamatlah semua nya


Dulu,
Berdiri aku bertongkat
Dulu,
Dongak aku dialas
Dulu,
Tunduk aku diangkat
Belum tiba masanya lagi, percayalah.


*thank you for time. 1643..

Wednesday 20 June 2012

IT IS RATNAH

MATAHARI DUA ROMAN

Assalamualaikum

When a Knight touches the moon
The sword started to linger, above the frail man tomb
And rise 1 flower of gloom
The gloom that never leave a room
The vanity of heart that full with doom

Born a son of Adam
The 4 Th of every mild moon
A Knight that in still
Afraid of thy who never feel
The cold river with full of trail
Never moves, never will

Then came a rites that flashes the night
An orange light blurs the 3 battalions of Knight
While a moon singing the wishes
The river harden
the woods golden.

* you make me happy, when skies are gray

Friday 15 June 2012

BOOKIE



Assalamualaikum

8 Jun hari tu.Malayslia lawan Singapore kat Stadium Jalan Besar, Singapore. It's a friendly game. Masa tu aku tengok game tu kat rumah aja. Aku dah bajet bajet sampai rumah on time nak tengok bola. aku dari Shah Alam. sekali stuck tengah jam kat Subang la pulak pon adoi.  Yang bangang nya, game start pukul 745.pelik pelik ajalah Singapore ni. Tak semayang ke orang Singapore? ke dorang Magrib pukul 6? ngarut aja. Aku tak tau macam mana korang boleh jadi sebuah negara. dah la kecik, besar taik hidung aku ajalah dalam peta dunia. lantak pi la. tapi sebenarnya nie aku nak cerita bertapa rendah nya spirit Bola dorang.

Aku sampai rumah aja, game dah start. Tak apa, baru missed 15 minit macam tu. the whole first half, aku dengar Ultras Malaya chant untuk Malaysia. Aku pon chant jugak ikut dorang. tapi dari rumah ajalah. naek kot semangat aku time tu. Then, minit ke-43, Malaysia Goal sebijik. dari pemain Pahang, Azamudin Akil. Nice gila goal tu, macam Arsenal dorang maen. perrghhh! Minit 59, Syafiq Rahim dapat free kick. Bola dia swing kaw gila. he's a world class free kicker wa cakap lu. suka gila aku. Lepas dah tau Malaysia akan menang game tu, aku pon pergi la futsal walaupon game belum habis. Around pukul 12 macam tu aku baru balik futsal. tengah lepak lepak, member aku cakap "tengok game tadi? Malaysia seri dowh" DAAAFUQ! aku bla time tu dah minit 79 kot. confirm Malaysia menang la!

Then, bila aku balik. Aku bukak twitter. semua cakap reff macam haram. reff biased. reff nie, reff tuu. then, bukak youtube, tengok balik free kick dalam box. macam bangang aja. nie mesti kerja BOOKIE singapore nie. Aku tak tau la reff nie dari mana. tapi aku tau dia gila duit kalau dia makan rasuah. it shouldnt be any free kick la bai. tapi dia bagi jugak free kick. memang goal la. apa anjing sangat la reff nie. Bila dah kene sebijik, mentallity player Malaysia start la down. then kene lagi sebijik. entah minit ke berapa tah. lantak dia la. Apalah BOOKIE BOOKIE nie, tak ada sporting spirit langsung.

Tak apa, Tuhan itu  Maha Adil. pada 12 Jun hari tu pulak. Malaysia lawan Singpore lagi. but this time. they played at  Stadium Shah Alam. HAHAHA *evil laugh*. Mampus kau Singapore! masa tu aku sepatut nya pergi stadium dengan 'member' aku. tapi ada masalah technical and tactical sikit. but we're fine now. Aku pon gerak la naek moto sorang sorang.rumah sewa aku dekat aja dengan Stadium Shah Alam. pukul 7 lebih wa dah gerak. sampai sampai aja orang dah ramai dah. lepas solat, aku masuk stadium. Nak di pendek kan cerita. Malaysia ku MENANG 2 GOAL berbalas 0 *telur player Singapore*. HAHAHA.

2                   -                  0
Suka gila wa malam tu. chant sepenuh hari. wa jerit sampai suara hilang. dah la tak ada duit masa tu, 'member' pulak merajuk. tapi semua problem hilang sekejap. aku balik dengan senyuman. sambil chanting sorang sorang atas moto. berbaloi-baloi wa pergi game hari tu.walaupon tinggal 6 ringgil aja untuk wa survive sampai hari jumaat. ( hari ni la hari jumaat tu) Alhamdulillah. wa tak mati makan maggie dengan telur hari hari. :)

kertas nie diangkat ketika lagu Singapore dan di BAKAR ketika chanting! <3 Ultras Malaya


*chant Ultras Malaya~ Singapore itu BOOKIE, Singapore itu BOOKIE, Singapore itu BOOKIE


Monday 11 June 2012

LIHAT NARY


MATAHARI SATU ROMAN


Assalamualaikum.

Bila bangun dari tamparan leka
Aku berlari dari tidur yang lena
Berlari sunyi tidak aku sengaja


Manusia kecil terkebil kebil
Entah mengapa hati ku kecil
Menunduk malu diri ini terasa kerdil


Sinarmu mentari pagi
Senyum itu buat Bumi ternanti
Timbunan kata terkunci sepi
Siapa Bintang sang mentari pasti?
Menyelimuti siang dan malam Bumi
Bukan menanti batu berapi
Atau mungkin sudah berpaksi
Oleh Tuhan pemerintah alam ini


Bukan niat untuk berkasih
Cuma terang cahaya pelangi
Bila kapan kan bertemu lagi
Gadis suci berdarah Puteri
Menutup pipi dengan tangan di sisi
Mungkin subuh ketemu kembali..


*You are my sunshine, my only sunshine :)