Thursday, 1 May 2014

Biar

Assalamualaikum


Biarkan ia bergolek.
Mengejar onak,memeluk luka.
Bila mana masa menjadi cinta.
Biarkan ia mengejar semua cerita.

Jika tertulisnya ia pada kita.
Maka biarkan masa bergolek.
Dan bila jalanmu ditemani.
Maka mengelak onak.memeluk luka.dihulurkan semua.

Dan bila senyummu juga di sambut mesra.
Manis pahit di hujung mata.bila bersama terpejam jangan.

Biarkan ia bergolek.
Menemani hidup sekalian senyuman.
Biarkan ia bergolek.
Melihat derita bermula dari pendahuluan.
Melihat sabar dicabar disetiap bahagian.

Biarkan ia bergolek.
Jika tertulisnya dia untuk kita.
Maka benar masa itu cinta.

Rindu.kamu!

Monday, 13 January 2014

Masanya sudah tiba

Assalamualaikum
                           
Masanya sudah tiba
Mentari pagi kini mendung semula
Kau pergi tanpa kata
Kau pergi tanpa berita
Kini diri gelap gelita    
Berlari ku sunyi semula
Embun malam jadi teman
Agar segar kemudian cerita

Timbunan kata sudah ku maki
Menunggu bintang bernama Matahari
Yang kini di paksi sendiri
Dengan izin Tuhan,dia berlari

Lebih berkasih tujuan hati
Pelangi pagi penyeri Bumi
Kau masih ku gelar puteri            
Kau masih bidadari hati
Tiada tempat untuk diganti
Tiada nama untuk ku isi
Semoga senja kita kembali
Untuk senyuman yang lama aku nanti

*jumpa konvo nanti :) 

Tuesday, 25 December 2012

Untuk Kamu Saudara

Dulu,
Ketika itu.
Yang kecil berlari sepi,
Memerhati dan terus berlari,
Yang besar berlenggang senang,
Menanti esok bilakan menjelang.

Berdiri di tapak bukan milik sendiri
mana malu mu
Berteduh di langit bumi bukan milik sendiri
mana maruah mu
Menghembus udara Gaza bukan milik sendiri
mana hati mu

ALLAH
Selamatkan hambaMu ini
Selamatkan Palestin ya Allah

Membedil anak kecil yang bersyair tentang tuhan,
Apa bezanya kau dengan dia yang bernama haiwan
Jangan gusar wahai Palestin,
Gugurmu syahid,syurga janji Nya
Dan,
Bila syair merpati menjadi tangisan demi iman
Bila manusia tiada rasa dan benci pada aman,
Bila si jahanam memutar kata membelit firman
Bila merpati tadi akan jadi tanda penyatuan

Keras kau babi zionis
Keras kau syaiton iblis


Tuhan yang satu,
Hanya Kau kami rayu,
Berikan keamanan kepada mereka
Kuatkan keimanan dalam hati mereka
Berfirmanlah Engkau wahai tuhan mereka.
Hanya Kau kami rayu.
ALLAHU AKHBAR

*selamatkan Gaza, selamatkan Palestin, Selamatkan ISLAM



Saturday, 20 October 2012

PAGI AKU




MATAHARI LIMA ROMAN.

Assalamualaikum

Pagi ini pagi biasa,
Hati ini hati yang sama,
Lebih dari apa yang tercipta.

Senyum itu senyum yang sama,
Debar rasa, lama tak bersua,
Bertemu kita wahai sang Cinta.

Hati ini masih yang sama,
Pagi ini masih biasa,
Tak ku sangka terikmu hingga ke senja

Tika burung burung kecil berkicau menyanyi riang
Tika si buta meniup seruling bermain girang
Tika penjaja tersenyum sendiri bila berseorang
Dan tika angin sepoi berlabuh sepi untuk si malang

Tiba dan datang
Mendung langit biru
Hitam awan si Ibu
Petir menyambar keliru,
Bingit guruh yang satu..

Tiada kata mampu terucap.
Tiada nafas mampu terhela
Tiada nadi mampu berdeyut
Hanya kaku bersendiri
Hanya beku berdiri
Hanya tuhan Maha mengetahui..

Hati ini bukan lagi hati dulu
Senyum ini bukan lagi senyum malu
Hari ini bukan lagi hari itu
Pagi ini bukan lagi milik aku..


*hati yang luka tidak ternampak dek mata

Sunday, 8 July 2012

MUNGKIN TIBA MASANYA NANTI

MATAHARI EMPAT ROMAN


Assalamualaikum..

Mungkin tiba masanya nanti,
Kau tiada di sisi
Mungkin tiba masanya nanti,
Aku tidak ternanti nanti
Mungkin tiba masanya nanti,
Kau bukan milikku lagi

Tuhan pencipta sempurna jiwa raga,
Tertulis di balik tanganNya sebuah cerita yang belum pernah dijaja
Maka melututlah meminta-minta kesudahan cerita kita

Mungkin Tiang Seri tidak berpegang pada tanah bumi
Atau teratap rumah melindung dari matahari pagi
Mungkin rapuhnya dinding ini kala tengkujuh melanda diri
Atau mungkin tiba masanya nanti

Tuhan pencipta, jelaskan pandangan mata
Biar terang jalan gelita.
Biar terhenti luka luka kita
Biar mati di telan kota masa

Bila tiba masnaya nanti,
Tiada air mata yang bercurah lagi,
Hanya senyuman melihat matahari pasti/


*sudah ku khabarkan..


Sunday, 1 July 2012

LAYU - MALIQUE

video

Assalamualaikum..

Melayu ku layu, Melayu ku layu, Melayu ku layu..

*bangun lah melayu, perjuangan kita belum selesai..

Saturday, 30 June 2012

BELUM TIBA MASANYA LAGI

MATAHARI TIGA ROMAN

Assalamualaikum



Diri ini berdiri di lorong
Dongak aku lohong
Tunduk aku kosong


Belum masanya lagi,

Beberapa purnama bulan terus menyinar terang
Beberapa purnama nyanyian merdu terus berkumandang
Beberapa purnama cincin ini terus ku pasang
Beberapa purnama hanya cerita semalam, sayang

Bulan tidak lagi menyinar
Nyanyian merdu tidak lagi kudengar
Cincin ini mengarat ku biar
Hanya semalam mimpi yang benar


Belum masanya lagi,
Jika benar semua bukan dusta
Maka tamatlah semua dengki dunia kala
Maka runtuhlah semua yang di bina
Maka putuslah semua tali percaya kita
Maka tamatlah semua nya


Dulu,
Berdiri aku bertongkat
Dulu,
Dongak aku dialas
Dulu,
Tunduk aku diangkat
Belum tiba masanya lagi, percayalah.


*thank you for time. 1643..