Friday 13 January 2012

SMELL OF A GENTLEMEN

Assalamualaikum,

"Dah la gemok, isap rokok lak tu. mati cepat la kau mok!"-- nie lagi sorang bangkai yang tak mati mati. tak pernah dengar 'kerana mulut badan tak jadi apa' ke mamat nie? silap silap angin aku pun dia boleh tumbang. belum penumbuk sulung aku lagi. an? an? an?

Aku nak cerita kat korang, macam mana rokok itu mampu mengubah segalanya. tak adalah segalanya, saja bagi baek sikit ayat aku! first pam rokok aku time aku darjah 6, isap rokok belakang kereta cekgu. lepas tu tak pernah hisap langsung until aku form 3 lepas tu stop balik, dan seterusnya, time matrix, untill now!

Seperti semua ibu di dalam dunia ini, ibu mana yang tak marah atau sedih apabila dapat tau yang anak nya menghisap rokok. tapi yang aku nak cerita nie macam mana aku admit kat parent aku. mak ayah aku tak tau pon aku hisap rokok,walaupun masa tu dah setahun aku hisap. aku rasa bersalah dengan dorang, dorang tak tanya, tapi aku kene bagitau!

Di suatu petang yang indah, aku baru balik lepak dengan member aku, melihat muka ibu dan bapa aku, aku tak sanggup lagi menipu, lalu, dengan gentle nya aku berkata "mama, i have something to tell you..." tanpa ku duga, mereka menerima nya dengan hati terbuka ( tak adalah terbuka mana pon.) aku nak mintak maaf kat mak ayah aku sebab kecewa kan dorang.im sorry mama.

memang keinginan diri ini hendak berhenti merokok, cakap memang senang, tapi nak berhenti, bukan mudah, bagi aku, nak berhenti merokok, ia kerja individu biasa, tapi memerlukan bantuan pemerhati pemerhati sekeliling.aku harap, one day, one day i'll stop smoking.insyaAllah.

                                      this is the smell of a true GENTLEMEN!

*YES, im a smoker. and im not proud of it.

Assalamualaikum.

Saturday 7 January 2012

ULTRAS

Assalamualaikum,

"ULTRAS? kumpulan yang memekak tengok bola tu?.tengok senyap senyap dah la.bola aja kot"--
nie kata kata sorang minah yang tak berapa nak sampai kepala hotak dia, bila aku cakap aku tengok bola dengan Ultras Malaya . aku fikir dia perempuan, kalau tak berlekuk muka dia aku bagi! Memang dia dan orang orang seperti dia tak akan paham, tapi BOLA SEPAK MALAYSIA adalah harapan negara kita. ia bukan perjuangan individu, ia perjuangan bangsa!

Sebelum aku kenal Ultras Malaya , aku tengok bola macam korang jugak.bila bola nak sampai kat gol lawan, baru nak jerit jerit, lepas tu duduk ajalah nak buat apa lagikan?.lepas tu maki maki player yang terlepas bola, kalau gol pon tepuk tangan ajalah paling koman pon. Sebelum aku kenal Ultras Malaya, aku tak tengok langsung game Malaysia kat stadium. sekali pon tak pernah .and aku rasa tak berbaloi, Malaysia tak kan kemana bagi aku.

Masa Malaysia menang Sukan Sea pada tahun 2009, bagi aku time tu, alah nasib aja Malaysia menang!tibe tibe aku terfikir, Sukan Sea kot?! maksudnya Malaysia juara asia tenggara nie. kencang kot mok,! aku cakap sorang sorang. then, Malaysia menang lagi dengan Suzuki Cup pada tahun 2010. time nie aku dah mula usya usya anjing dengan Ultras Malaya, tapi tak pernah tengok game dengan dorang.aku just tengok dorang dari jauh aja.aku tengok dorang menari nari, dorang jerit jerit, dorang bakar flare. PERGGHHH! best sial macam tu! 

Lepas tu aku dah nekad, aku nak jadi macam dorang. then aku dapat tau yang member baik aku dari matrix,Hazim Judan, is one of the 'orang lama' Ultras Malaya . aku pun apa lagi, call dia,tanya dia macam macam, dia pon mangat gak nak cerita. dia kata Ultras Malaya  nak rekrut budak budak baru. then next game is Malaysia VS Taiwan. aku kena pergi!

29-06-2011, aku ingat lagi, pukul 9 aku dah bangun,bapak awal gila babi. nie semua sebab nak pergi game punya pasal. member aku kata, pakai baju hitam, sebab Ultras Malaya semua pakai baju hitam. aku sangat sangat berterima kasih kat mak ayah aku sebab sangat supportive gila babi, walaupon jalan macam haram jam gila, but still dorang nak hantar aku dengan samir dengan faiz sampai Stadium Bukit Jalil,bapak terharu gila aku.

aku tak boleh nak gambar kan suasana bila aku tengok bola dengan Ultras Malaya,tapi yang aku tau,rasanya 100% beza dengan sebelum aku kenal Ultras Malaya. rasa macam kene husin tak sampai sampai Holland.menghayalkan tetapi tidak membahayakan. rasa macam setiap inci tanah di muka bumi Malaysia nie jadi sebab jantung aku berdegup. rasa sayang pada negara membuak buak, masa tu, aku rasa bagai semua orang di keliling aku adalah saudara rapat ku.kitorang menjerit jerit melaungkan nama Malaysia, tanpa mengetahui nama masing masing, kami berpelukkan apabila gol pertama di jaringkan oleh ketua pasukan Malaysia pada waktu itu, Safiq Rahim. 


lepas tu,gol kedua pulak hasil tandukkan Aidil Zafuan.gol tu jauh dari tempat Ultras Malaya duduk,so aku tak nampak sangat gol tu, tapi kitorang meraikan nya bagai tiada lagi hari esok.walaupon benda nie sudah lebih kurang 6 bulan berlalu,aku rasa macam baru semalam aja aku tengok game nie. saat itu aku mula mengenal bola sepak Malaysia, pada malam itu aku baru paham perjuangan Ultras Malaya, pada hari itu aku baru kenal erti BROTHERHOOD. perlawanan malam itu berakhir dengan kemenangan ke atas negara kita 2 berbalas 1. lepas tengok game tu,aku continue tengok game game Malaysia kat Stadium, tapi ada gak la yang aku terlepas, sebab faktor belajar. tapi kalau aku free, memang comperm aku pergi. but the best one is bila aku dapat tengok bola dengan Ultras Malaya dengan orang orang yang aku sayang, which is masa Malaysia VS Singapore untuk kelayakan World Cup. tu paling BEST! Ultras Malaya adalah salah satu sebab kenapa aku buat blog. aku nak cerita kan betapa seronok nya perasaan aku ketika Harimau kita masuk padang!

  aku ada time nie

terus terang aku cakap, aku tak penting pun dalam Ultras Malaya. tapi suara aku pernah bergema di Stadium Keramat kita kerana Ultras Malaya adalah pemain ke-12 dalam padang !

Assalamualaikum.

Friday 6 January 2012

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum,

Wa tak tau macam mana nak start. Nie entri pertama gua by the way.PERGHH! kencang tak kencang? Actually, wa dah lama menulis, lama sangat,cuma tulisan gua tak tersampai teknologi teknologi nie. Hanya bicara seorang remaja biasa, yang bodoh di sisi Tuhan sendiri. yang hanya mampu berdiri dan memerhati. Banyak benda gua nak kongsi, tu pasal gua buat blog nie. tapi bukan untuk di dengar atau untuk di bahas. ini hanya pendapat remaja gila. remaja yang bosan dengan dunia,dunia nya sendiri.

Aku tidak pandai berbicara. cuma mungkin aku ada secebis kata bukan dari manusia.Apabila imaginasi mengatasi kecerdikkan , lihat dengan mata hati, dan bukan jasat yang memerhati. lumpuhnya seorang manusia, bukan pada fizikal nya, tapi pada mati kata seseorang. bila kata kata itu menjadi lebih tajam dari sebilah pedang maka ukur lah dia, ukur la kebijaksanaan nya..fikir kan kata kata remaja bodoh ini! jika Allah mengizinkan..

*ini sudut pandang aku. aku tak tau apa. aku main petik aja, kalau tak nak baca. aku peduli apa!

Assalamualaikum,