Saturday, 5 May 2012



BOLA SEPAK VS FOOTBALL

Assalamualaikum,

Hari tu aku pergi tengok bola kat Hakim ( Mamak kat seksyen 7.sedap gila ayam goreng dia ) masa tu tengok game MU dengan MC. Time tu, siapa menang maybe juara EPL.Oleh sebab perasaan benci terlalu tinggi terhadap MU aku pergi la tengok. Sebab tak nak bersesak untuk amek tempat, aku dengan member member aku pon datang la awal, lebih kurang 30 minit awal, game tu pukul 2.45 pagi lebih kurang, Bila sampai aja, kedai tu dah penuh, penuh gilaa. Baru aja park moto,( gaya macam bawak kete aja nak ‘park park’ haha )  member aku dah ajak bla, dia ajak tengok tempat laen. Tapi aku tak nak, aku suka lepak Hakim, tempat dia happening, awek pon hot hot, 'package' diapuas hati la orang kata, makan pon sodapp. So aku insist untuk tengok tempat laen. Aku pon terus masuk kedai, nak di pendek kan cerita kitorang dapat tempat duduk tapi kene bertekak dulu dengan ane yang 'berbulu didada' tu. Kesian aku tengok brother brother yang tak dapat duduk, muka semua nak ketat aja. malam tu ramai gila orang pakai jersi MU, tapi ada jugak jersi MC.tapi boleh kira pakai jari kaki.. So, nak di pendek kan lagi,the game went well. and MC won! Best gila game malam tu, tak rugi pergi tengok. Tapi benda yang aku nak cerita nie bukan pasal game nie, tapi pasal penyokong KITA.

The next day pulak, ada game lagi best,KELANTAN vs KEDAH. Siapa menang dapat pergi final piala FA. And sebab KL tak masuk, aku sokong la Kelantan dan lagi satu ialah sebab Kelantan ada Neelofa ( kecek klate kawe lo nie.) .sebab takut jadi macam semalam. So aku datang 45 minit awal, before this, aku jarang tengok bola Malaysia kat mamak.kalau tengok pon final. And then kitorang pon gerak, tapi malam tu Hakim suram aja. Nie bukan Hakim yang aku kenal. Rasa nya kalau cengkerik berbunyik kat Johor pon. aku boleh dengar kat shah alam ( kencang tak?kencang tak? Malatop tak cerita gua? hahaha) tapi serious sunyi. masa aku datang pon, ane tu bukak cite tah pape tah. Time tu,aku pikir sebab awal sangat kot, tu yang tak ramai tu, then, game dah nak start. Kedai penuh,tapi tak macam semalam, yang pakai jersi pon boleh kira la. And then, I wonder why? Semalam pukul 3 pagi punya la ramai, nie pukul 9 tak ada orang.sakit perut kot dorang semua? hmm.or dorang dah tidur sebab kerja? eh tak jugak, esok nya cuti Hri Pekerja.hmm. Yang kat kedai tu pon mostly orang Kelantan, ( walaupon dorang cakap luar,aku boleh bau ‘BUDU’ dorang.hahaha ). Mana yang laen pergi? Aku tak tau nak rasa apa time tu, aku just enjoy game malam tu. Last last Kelantan menang 2-2. Tapi aggregate 3-2. Sampai hari nie, aku tanya diri aku, tanya member member aku, kenapa bola Malaysia tak di angkat dan di pandang tinggi oleh rakyat Malaysia sendiri? Apalah salah nya if kita sokong club pilihan kita kat Malaysia nie sama atau lebih banyak daripada kita sokong club club luar? Tak salah nak sokong club luar, tapi siapa lagi nak sokong club kat Malaysia nie selain rakyat Malaysia sendiri?

                                       klate1 SENARAI PENUH PEMAIN KELANTAN MUSIM 2012
                                                               Goodluck for the Final

*jasad aku mungkin Arsenal, tapi hati aku SELAMANYA HARIMAU MALAYA! 

Sunday, 29 April 2012

BERSIH 3.0


Assalamualaikum,

Yang dituntut adalah pilihanraya yang adil dan bersih. yang dijanji kan secara aman dan tersusun. aku memang setuju dengan tuntutan mereka. tetapi method yang di lakukan mereka tidak memberi kesan positive kepada negara. ada cara lebih baik untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bersih. aku percaya yang pada mula nya memang perhimpunan ni berjalan dengan lancar dan aman. tapi bertukar menjadi ganas selepas mereka semua di provok oleh pemimpin pembangkang. pengerusi BERSIH sendiri menjamin tiada unsur politik akan wujud pada hari itu, tetapi sebalik nya berlaku.  memang aku tak pergi, tapi aku dapat bayangkan suasana pada hari itu. dengan riuh rendah suara manusia yang melaung kan entah apa. sudah terjawap apa yang dituntut mereka oleh SPR. apa lagi yang di mahukan?

                                

DATARAN MERDEKA.mengapa hendak menawan sesuatu yang sudah menjadi milik kita?. sudah di sedia kan tempat untuk mereka berdemo. tidak adil kah kerajaan kita? mengapa masih berdegil. demokrasi tidak semestinya akan ada pertumpahan darah.

*Katanya secara aman?! mana aman nya? jika yang berkuasa mampu di pijak, mampu di lekeh, mampu di hina malah di caci. bangun la MELAYU KU, jangan jadi bangsa yang senang di perbodoh kan. Sedar lah MELAYU KU.jangan mudah kita terlupa. :'(



Friday, 13 January 2012

SMELL OF A GENTLEMEN

Assalamualaikum,

"Dah la gemok, isap rokok lak tu. mati cepat la kau mok!"-- nie lagi sorang bangkai yang tak mati mati. tak pernah dengar 'kerana mulut badan tak jadi apa' ke mamat nie? silap silap angin aku pun dia boleh tumbang. belum penumbuk sulung aku lagi. an? an? an?

Aku nak cerita kat korang, macam mana rokok itu mampu mengubah segalanya. tak adalah segalanya, saja bagi baek sikit ayat aku! first pam rokok aku time aku darjah 6, isap rokok belakang kereta cekgu. lepas tu tak pernah hisap langsung until aku form 3 lepas tu stop balik, dan seterusnya, time matrix, untill now!

Seperti semua ibu di dalam dunia ini, ibu mana yang tak marah atau sedih apabila dapat tau yang anak nya menghisap rokok. tapi yang aku nak cerita nie macam mana aku admit kat parent aku. mak ayah aku tak tau pon aku hisap rokok,walaupun masa tu dah setahun aku hisap. aku rasa bersalah dengan dorang, dorang tak tanya, tapi aku kene bagitau!

Di suatu petang yang indah, aku baru balik lepak dengan member aku, melihat muka ibu dan bapa aku, aku tak sanggup lagi menipu, lalu, dengan gentle nya aku berkata "mama, i have something to tell you..." tanpa ku duga, mereka menerima nya dengan hati terbuka ( tak adalah terbuka mana pon.) aku nak mintak maaf kat mak ayah aku sebab kecewa kan dorang.im sorry mama.

memang keinginan diri ini hendak berhenti merokok, cakap memang senang, tapi nak berhenti, bukan mudah, bagi aku, nak berhenti merokok, ia kerja individu biasa, tapi memerlukan bantuan pemerhati pemerhati sekeliling.aku harap, one day, one day i'll stop smoking.insyaAllah.

                                      this is the smell of a true GENTLEMEN!

*YES, im a smoker. and im not proud of it.

Assalamualaikum.

Saturday, 7 January 2012

ULTRAS

Assalamualaikum,

"ULTRAS? kumpulan yang memekak tengok bola tu?.tengok senyap senyap dah la.bola aja kot"--
nie kata kata sorang minah yang tak berapa nak sampai kepala hotak dia, bila aku cakap aku tengok bola dengan Ultras Malaya . aku fikir dia perempuan, kalau tak berlekuk muka dia aku bagi! Memang dia dan orang orang seperti dia tak akan paham, tapi BOLA SEPAK MALAYSIA adalah harapan negara kita. ia bukan perjuangan individu, ia perjuangan bangsa!

Sebelum aku kenal Ultras Malaya , aku tengok bola macam korang jugak.bila bola nak sampai kat gol lawan, baru nak jerit jerit, lepas tu duduk ajalah nak buat apa lagikan?.lepas tu maki maki player yang terlepas bola, kalau gol pon tepuk tangan ajalah paling koman pon. Sebelum aku kenal Ultras Malaya, aku tak tengok langsung game Malaysia kat stadium. sekali pon tak pernah .and aku rasa tak berbaloi, Malaysia tak kan kemana bagi aku.

Masa Malaysia menang Sukan Sea pada tahun 2009, bagi aku time tu, alah nasib aja Malaysia menang!tibe tibe aku terfikir, Sukan Sea kot?! maksudnya Malaysia juara asia tenggara nie. kencang kot mok,! aku cakap sorang sorang. then, Malaysia menang lagi dengan Suzuki Cup pada tahun 2010. time nie aku dah mula usya usya anjing dengan Ultras Malaya, tapi tak pernah tengok game dengan dorang.aku just tengok dorang dari jauh aja.aku tengok dorang menari nari, dorang jerit jerit, dorang bakar flare. PERGGHHH! best sial macam tu! 

Lepas tu aku dah nekad, aku nak jadi macam dorang. then aku dapat tau yang member baik aku dari matrix,Hazim Judan, is one of the 'orang lama' Ultras Malaya . aku pun apa lagi, call dia,tanya dia macam macam, dia pon mangat gak nak cerita. dia kata Ultras Malaya  nak rekrut budak budak baru. then next game is Malaysia VS Taiwan. aku kena pergi!

29-06-2011, aku ingat lagi, pukul 9 aku dah bangun,bapak awal gila babi. nie semua sebab nak pergi game punya pasal. member aku kata, pakai baju hitam, sebab Ultras Malaya semua pakai baju hitam. aku sangat sangat berterima kasih kat mak ayah aku sebab sangat supportive gila babi, walaupon jalan macam haram jam gila, but still dorang nak hantar aku dengan samir dengan faiz sampai Stadium Bukit Jalil,bapak terharu gila aku.

aku tak boleh nak gambar kan suasana bila aku tengok bola dengan Ultras Malaya,tapi yang aku tau,rasanya 100% beza dengan sebelum aku kenal Ultras Malaya. rasa macam kene husin tak sampai sampai Holland.menghayalkan tetapi tidak membahayakan. rasa macam setiap inci tanah di muka bumi Malaysia nie jadi sebab jantung aku berdegup. rasa sayang pada negara membuak buak, masa tu, aku rasa bagai semua orang di keliling aku adalah saudara rapat ku.kitorang menjerit jerit melaungkan nama Malaysia, tanpa mengetahui nama masing masing, kami berpelukkan apabila gol pertama di jaringkan oleh ketua pasukan Malaysia pada waktu itu, Safiq Rahim. 


lepas tu,gol kedua pulak hasil tandukkan Aidil Zafuan.gol tu jauh dari tempat Ultras Malaya duduk,so aku tak nampak sangat gol tu, tapi kitorang meraikan nya bagai tiada lagi hari esok.walaupon benda nie sudah lebih kurang 6 bulan berlalu,aku rasa macam baru semalam aja aku tengok game nie. saat itu aku mula mengenal bola sepak Malaysia, pada malam itu aku baru paham perjuangan Ultras Malaya, pada hari itu aku baru kenal erti BROTHERHOOD. perlawanan malam itu berakhir dengan kemenangan ke atas negara kita 2 berbalas 1. lepas tengok game tu,aku continue tengok game game Malaysia kat Stadium, tapi ada gak la yang aku terlepas, sebab faktor belajar. tapi kalau aku free, memang comperm aku pergi. but the best one is bila aku dapat tengok bola dengan Ultras Malaya dengan orang orang yang aku sayang, which is masa Malaysia VS Singapore untuk kelayakan World Cup. tu paling BEST! Ultras Malaya adalah salah satu sebab kenapa aku buat blog. aku nak cerita kan betapa seronok nya perasaan aku ketika Harimau kita masuk padang!

  aku ada time nie

terus terang aku cakap, aku tak penting pun dalam Ultras Malaya. tapi suara aku pernah bergema di Stadium Keramat kita kerana Ultras Malaya adalah pemain ke-12 dalam padang !

Assalamualaikum.

Friday, 6 January 2012

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Assalamualaikum,

Wa tak tau macam mana nak start. Nie entri pertama gua by the way.PERGHH! kencang tak kencang? Actually, wa dah lama menulis, lama sangat,cuma tulisan gua tak tersampai teknologi teknologi nie. Hanya bicara seorang remaja biasa, yang bodoh di sisi Tuhan sendiri. yang hanya mampu berdiri dan memerhati. Banyak benda gua nak kongsi, tu pasal gua buat blog nie. tapi bukan untuk di dengar atau untuk di bahas. ini hanya pendapat remaja gila. remaja yang bosan dengan dunia,dunia nya sendiri.

Aku tidak pandai berbicara. cuma mungkin aku ada secebis kata bukan dari manusia.Apabila imaginasi mengatasi kecerdikkan , lihat dengan mata hati, dan bukan jasat yang memerhati. lumpuhnya seorang manusia, bukan pada fizikal nya, tapi pada mati kata seseorang. bila kata kata itu menjadi lebih tajam dari sebilah pedang maka ukur lah dia, ukur la kebijaksanaan nya..fikir kan kata kata remaja bodoh ini! jika Allah mengizinkan..

*ini sudut pandang aku. aku tak tau apa. aku main petik aja, kalau tak nak baca. aku peduli apa!

Assalamualaikum,